Saturday, September 24, 2011

Dia Sentiasa Dihati

Dia sentiasa di hati
oleh itu saya tak akan gusar
Dia sentiasa di minda
oleh itu saya tak gentar

Assalamualaikum :)
Saya gembira kerana saya ada Dia :) statement tu. Beberapa hari lepas, saya dikejutkan dengan satu berita agak kurang enak. Mungkin silap saya, ya memang silap saya. Saya kira hanya sebuah kejadian kecil tetapi manusia lain-lain. Saya faham. Saya agak bersedih untuk beberapa ketika. Lebih kepada kesal dan kecewa sebenarnya.Agak tertekan tambah lagi sekarang minggu exam.

Peristiwa itu membuat saya terfikir, kenapa di saat-saat genting ini Allah menguji saya dengan peristiwa sebegitu. Sebuah peristiwa kecil yang saya sendiri sudah lupa tetapi tiba-tiba di'surface'kan semula. Indahnya menjadi muslim apabila kita akan husnuzhon (bersangka baik) dengan semua perkara :) Berfikir dan berfikir lama. Lintasan hati tiba-tiba muncul, mungkin Allah bukan sengaja mahu buat saya tertekan, saya sedih di saat saya mahu menduduki peperiksaan. Mungkin Allah mahu rindu saya padaNya semula, mahu tangis titis air mata di atas sejadah buatNya semula. Saya sedar saya kebelakangan ini alpa dengan dunia. Allah ampuni dosa hambaMu ini :'(


Lintasan itu seakan suntikan buat saya, Allah tak akan menguji hambaNya dengan sia-sia, pasti ada ibrahnya. La Tahzan, La tahzan, Allah sentiasa bersama. Saya kembali tersenyum :) Ujian yang datang jika nak dibandingkan dengan nikmat yang Allah beri hari ini, tiada apa sangat. Terlalu banyak nikmat Allah beri utk disyukuri setiap hari daripada disedihkan ujian yang menimpa. Ujian yang hadir tu juga tanda ingatan Allah kepada kita, supaya kita kembali mengingati Dia. Susunan Allah itu indah, saya pasti.

Saya ada terbaca sebuah artikel beberapa hari lepas. Jika kita ditimpakan ujian melalui wasilah(perantaraan) manusia seperti kita disakiti, diejek, diperlekehkan, dicaci, dan dihina, tak perlu kita berkecil hati dengan dia, kerana ia seolah-olah kita berkecil hati dengan Allah. Kan Allah yang turunkan ujian tersebut. Jika kita berkecil hati, kita seolah-olah tak redha dengan ujian itu. Zassss tepat mengena di hati saya.Artikel itu seolah-olah berbicara kepada saya haha. Mungkin suatu peringatan barangkali.

I wanna be a strong girl! :)

Wallahualam

Sunday, September 18, 2011

kesal

Menghukum. Layakkah manusia menjadi penghukum? sedang Allah yang tahu segalanya. Faham seorang manusia mungkin hanya dari sudut tertentu, sedang pengetahuan Allah mencakupi semuanya. Ya, mungkin terlibat bahagia seorang manusia itu, tetapi gundah di dalam hatinya Allah sahaja yang tahu tatkala satu demi satu kesalahan dilakukan. Broken is done . Hidup ini tiada butang putar kembali. Tetapi kita ada Allah maha pengampun. Allah maha pengampun.

Manusia suka berkata-kata tanpa sedar banyak hati terluka. Ya, mungkin saya salah seorang daripadanya. Mohon ampun khilaf hamba Ya Allah. Tetapi kali ini saya merasa terluka. Tatkala hati sedang berperang dengan rasa bersalah, ada yang cuba menambah rasa menyapu garam di atas luka. sekian~ hati gundah, mood tak stabil

Tuesday, September 13, 2011

saya gembira.

saya gembira. Itu statement.Syukur Alhamdulillah.

" ya Allah tolong beri mereka kekuatan ya Allah. Terus beri mereka petunjuk ya Allah. Tetapkan hati kami di jalanMu Ya Allah. kami mahu istiqamah di jalanMu. Ampunilah dosa kami yang lampau"

Kenapa saya gembira sehingga rasa mahu melonjak-lonjak setinggi mungkin, memeluk mereka-meraka yang saya sayang itu.  Allah je yang tahu perasaan saya ketika melihat perubahan mereka hari demi hari :) Ya Allah, Allahu Akbar! Kau beri mereka kekuatan ya Allah. Berubah tak pernah mudah. Tapi mereka memilih jalan sukar ini ya Allah. 

Suatu ketika dahulu, saya takut pabila ingin memilih jalan ini. Takut tiada sesiapa disisi memberikan sokongan. Alhamdulillah ramai yang datang, ramai yang menenangkan, ramai yang mendukung. Kali ini saya mahu jadi pendukung mereka pula. Terus memberi sokongan kepada mereka InsyaAllah:)

Indah ya Allah perasaan ini. Melihat sendiri di depan mata. Syukur dan syukur di panjat kehadrat mu Ya Rabbi. Mereka insan hebat!

~ mujahadah itu pahit, kerana syurga itu manis~

Thursday, September 8, 2011

Dia sedang menguji

Saya pasti Dia sedang menguji
ujian kali ini buat air mata saya tumpah jua akhirnya
Saya x mampu lagi menjadi sekuat itu
Air mata turun mencurah-curah
akhirnya saya faham, sakitnya diuji cara sebegini
Allah help me, Ya Allah
Forgive my sins

Wednesday, September 7, 2011

kisah si burung itu


Sebuah kisah di zaman Nabi Ibrahim,
Semasa Nabi Ibrahim dibakar oleh kaumnya, seekor burung kecil terbang berulang alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. Itulah yang dilakukannya berulangkali.

"Tingkah lakunya diperhatikan oleh makhluk Allah yang lain lalu bertanya kepada burung kecil itu,

‘buat apa kau penat-penat mengambil air berulang alik, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim takkan terpadam dengan air yang kau siramkan itu.’

Lalu dijawab oleh burung tersebut, ‘Memang ia tidak akan memadamkan api tersebut, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya samada aku berjaya memadamkan api itu ataupun tidak‘."

Ada yang bertanye,
         "kau tak penat ke berpersatuan. Meeting sana sini tak kira masa?"
        " kenape kau tak nak jadi je mcm student yg belajar, enjoy, exam. Senang."
        " Weyh, kau buat semua nie dapat ape?"
        " Kau yg cari masalah. Sape suruh join semua bende nih"

Glup, glup. Kadang saya tak terbalas pertanyaan mereka. Kenape ye? kenapa saya buat semua nih.Cuba bace balik kisah di atas tu. Tu la sebabnya :) yang saya x mampu nk jelaskan dengan betul2 bila ada orang yang bertanya. Dalam konteks seorang mahasiswa yang baru menjejakkan kaki dalam dunia degree nie, itu yang saya mampu usahakan setakat ini.

wassalam~


Monday, September 5, 2011

People Change

Usia membaca entri dari Kak Fateen. Meminjam sedikit tajuk entri dari sifu, kakak dan idola saya. Maaf kak, saya rasa tajuk entri ni paling sesuai rasanye :)

Kepulangan saya dan keluarga ke kelantan tempoh hari saya kira membawa sedikit kejutan buat ahli keluarga besar saya di Kelantan. Setahun saya tak pulang ke kelantan kerana cuti yg diberi MMU terlalu "lama".Ketika saya memalingkan muka ke arah salah seorang sepupu saya, nampak kejutan di matanya. Pada saya tiada apa yang perlu diterkejutkan tetapi saya faham apa yang dia rasa. Sepupunya yang paling rapat, paling nakal dan paling degil kenapa jadi begini? Mak cik- mak cik saya pula lebih giat, telahan mereka hati saya sudah dimiliki hingga berubah sekali jadi begini. " Mak cik, jika perubahan ini kerana seorang hamba Allah yang lain, saya bimbang hanya sementara. Saya mahu apa yang terjadi hanya kerana Allah, dan semoga saya terus istiqamah di jalan ini", balas saya di dalam hati. Mana mungkin saya meluahkan, usikan mereka tidak berhenti hingga buat saya malu sendiri.


Like Season, People Change
Yup, like season, people do change. Saya puas sebenarnya. Puas berada di tahap itu. Sehingga suatu hari saya bertanya sendiri, sudah cukupkah apa yang saya ada hari ini.Terasa perlu mencari yang lebih lagi. Saya sebenarnya masih lagi bertatih di jalan ini. Alhamdulillah, Allah mendengar rintihan hambaNya yang penuh dosa ini. Alhamdulillah Alhamdulillah. Allah tempatkan saya bersama-sama orang yang berfikrah. Allah beri saya rakan-rakan yang membantu dan menyokong. Rasullulah SAW bersabda :

"Seseorang itu mengikut agama temannya kerana itu hendaklah kamu melihat orang yang kamu jadikan teman."
(Hadis Riwayat Abu Daud)

Biarpun pada mulanya saya sangsi bila saya dihantar ke sana. Tetapi perancangan Allah maha hebat. Mana saya tidak sangsi, satu pilihan ke tempat yang sememangnya dijaga rapi dan satu lagi ke tempat yang saya dengar lebih negatifnya dari positifnya. Tetapi kita manusia, Allah lebih mengetahui segalanya. Perancangan Dia lebih hebat, Dia tahu apa yang lebih baik buat hambanya.

Saya terlalu mentah pada hemat saya untuk membicarakan hal ini. Hal hidayah, petunjuk ini segala rahsia Allah yang ada orang lebih layak untuk meperkatakan tentangnya. Sungguh saya masih bertatih, mencari ilmu, mengejar masa untuk segalanya. Apa yang saya boleh katakan, saya mahu terus berada di jalan ini. Jalan yang memberi ketenangan abadi. Bukan ketenangan sementara yang saya sibuk cari suatu ketika dahulu. Saya mahu terus istiqamah, terus memperbaiki diri.

Pabila ditanya secara terus dari sepupu kesayangan saya seorang ni, mengapa? mengapa saya memilih untuk jadi begini, " kak, kadangkala kita tak perlu punya sebab, kerana kita hamba.Hamba yang suatu hari pasti akan rindu fitrahnya yang mencintai kebaikan" dan pabila kita merindu, pasti kita akan cari jalan untuk bersama dengan yang kita rindu kan?


Ya Allah tetapkan hatiku di jalanMU

wallahualam, sedikit perkongsian dari saya

Saturday, September 3, 2011

Eid-Mubarak

bismillahirrahmannirrahim

Sedikit terlewat barangkali,
Eid-Mubarak
Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Minal Aidil Wal Faizin

Biarlah kedengaran lucu. Orang ramai sudah puas beraya, saya baru hendak menulis tentang ini. Tetapi, it's thought that count right :) 

Sambutan eidulfitr saya pada tahun ini sangat hambar. Sudah berkali-kali syawal disambut hambar tanpa sebarang sambutan. Ramadhan yang pergi turut sama membawa nenek, atuk dan pak cik bersama. Hari kemenangan disambut dengan linangan air mata merindui sesusuk tubuh yang kebiasaannya menemani di pagi raya.

Kita merancang, tuhan menentukan
Ramadhan tahun ini menyaksikan pemergian pak cik kesayangan. Dia pergi tatkala umat islam sibuk mengejar hari-hari terakhir ramadhan. Mungkin ada yang sibuk mengejar malam-malam terakhir ramadhan yang mungkin menjadi ramadhan terakhir dan ada juga sibuk mengejar persiapan raya. Ayah (panggilan saya kepada pak cik) menghembuskan nafas terakhir pada 27 ramadhan.

Keadaan seperti ini sebenarnya ibrah kepada kita yang masih hidup. Tiada siapa tahu bila nyawa akan ditarik oleh Allah. Tiada siapa menduga Ayah yang pada awal ramadhan begitu bersemangat menunaikan kewajipan dan bertarawih akhirnya dipanggil pergi di hujung ramadhan. Terasa begitu singkat perjalanan hidup kan.

Tapi apapun, sempena syawal ini, saya ingin memohon kemaafan atas segala kekhilafan saya. Mohon dimaafkan segala perlakuan yang kurang meneyenangkan, perkataan yang mengguris hati dan juga segala macam kesalahan yang saya lakukan. Salam Aidil Fitri, Minal Aidil wal Faizin.

wallahualam

Friday, September 2, 2011

Program Kebajikan I-SMART (PAKIS)

Bismillahirrahmannirrahhim

Dah lame sebenarnye program nie berlansung cuma malam nie terasa nak update pasal program superb nie :) Pada 19 Ogos bersamaan dengan 19 Ramadhan ahli-ahli I-SMART batch 110 (batch intake 2010) dan juga batch 111 (batch intake 2011) telah menjalankan satu program di Rumah Orang Tua-Tua Al-Ikhlas, Puchong, Selangor.

Bertolak dari MMU pada pukul 12.00 tgh malam dan tiba di rumag orang tua-tua tersebut pada pukul 2.30 pagi. Sempat berhenti rehat sebentar di R&R. Turun bas muka masing-masing baru bangun tidur tapi tetap bersemangat untuk membantu atuk-atuk dan juga nenek-nenek di rumah orang tua ni.

tiba disana dan terus membantu menyupkan makanan sahur :)
nenek ini masih bertenaga berpuasa walaupun sudah terlalu uzur
kalau yang masih muda belia beralasan untuk berpuasa, x malu? renungkan

kami pula bersahur sesudah penghuni rumah Al-Ikhlas bersahur

membantu memandikan salah seorang atuk


Sayu saya melihat atuk-atuk dan nenek-nenek ini tatkala melangkah masuk ke rumah tersebut. Sepatutnya pada usia begitu, dikelilingi anak-anak dan cucu-cucu yang setia mendampingi tetapi mereka hanya terbaring sepi merenung masa hadapan. Dijaga oleh pekerja asing yang digajikan oleh pemilik rumah tersebut. Pasti tak sama dengan lembut dan belai anak sendiri. Sedih saya melihat mereka. Kenangan ketika bersama arwah atuk dan nenek menyerbu di benak. Tak dapat saya bayangkan jika atuk-atuk dan nenek-nenek disitu adalah atuk dan nenek saya sendiri. 

Saya berborak dengan beberapa orang nenek dan yang mengejutkan saya mereka bukan orang sebarangan. Bekas guru bahasa inggeris, guru bahasa arab, ustazah dan juga bekas pelajar sekolah pondok. Ada juga bekas seniwati, bekas askar dan macam-macam lagi profession. Perbualan-perbualan tersebut menyedarkan saya, hidup kita ada turun dan naiknya. Kita tak akan berada di mana yang kita mahukan, tetapi kita akan berada di mana Allah telah tetapkan untuk kita. 

Saya juga mendapat pengalaman baru memandikan serta menyiapkan nenek-nenek ini pada waktu pagi. Subhanallah, suatu pengalaman hebat saya kira. Mungkin juga satu latihan buat saya pabila tiba waktunya nanti saya telah bersedia. Juga sewaktu memandikan nenek-nenek tersebut, timbul suatu azam di dalam diri, saya tak mahu ibu bapa saya dijaga orang lain nanti. Mana mungkin belaian pekerja asing sama dengan belaian seorang anak. 

" Ya Allah, sayangi kedua ibu bapaku sebagaimana mereka menyayangiku sewaktu aku masih kecil. Rahmati mereka sentiasa Ya Allah "

Ada juga nenek-nenek yang bersungguh menceritakan persiapan aidilfitri pada hakikatnya mereka hanya merayakannya disitu. Seorang nenek ini menceritakan yang dia akan pulang ke rumah anaknya pada aidilfitri ini sedangkan menurut penjaga disitu nenek itu telah dihalau dari rumah anaknya sendiri. Kasihan melihat nenek itu hidup di dalam penafian. Sungguh saya mengharapkan kehadiran kami mampu menceriakan mereka walau tidak sama seperti zuriat kandung. 

wallahualam

first post ever

Welcome to this new blog. Nahh its actually not that "new"
It is just me want to start fresh all over again
so welcome, tq and enjoy :)

p/s: to that someone, i make up my mind. I decide not to private but to start fresh