Monday, September 5, 2011

People Change

Usia membaca entri dari Kak Fateen. Meminjam sedikit tajuk entri dari sifu, kakak dan idola saya. Maaf kak, saya rasa tajuk entri ni paling sesuai rasanye :)

Kepulangan saya dan keluarga ke kelantan tempoh hari saya kira membawa sedikit kejutan buat ahli keluarga besar saya di Kelantan. Setahun saya tak pulang ke kelantan kerana cuti yg diberi MMU terlalu "lama".Ketika saya memalingkan muka ke arah salah seorang sepupu saya, nampak kejutan di matanya. Pada saya tiada apa yang perlu diterkejutkan tetapi saya faham apa yang dia rasa. Sepupunya yang paling rapat, paling nakal dan paling degil kenapa jadi begini? Mak cik- mak cik saya pula lebih giat, telahan mereka hati saya sudah dimiliki hingga berubah sekali jadi begini. " Mak cik, jika perubahan ini kerana seorang hamba Allah yang lain, saya bimbang hanya sementara. Saya mahu apa yang terjadi hanya kerana Allah, dan semoga saya terus istiqamah di jalan ini", balas saya di dalam hati. Mana mungkin saya meluahkan, usikan mereka tidak berhenti hingga buat saya malu sendiri.


Like Season, People Change
Yup, like season, people do change. Saya puas sebenarnya. Puas berada di tahap itu. Sehingga suatu hari saya bertanya sendiri, sudah cukupkah apa yang saya ada hari ini.Terasa perlu mencari yang lebih lagi. Saya sebenarnya masih lagi bertatih di jalan ini. Alhamdulillah, Allah mendengar rintihan hambaNya yang penuh dosa ini. Alhamdulillah Alhamdulillah. Allah tempatkan saya bersama-sama orang yang berfikrah. Allah beri saya rakan-rakan yang membantu dan menyokong. Rasullulah SAW bersabda :

"Seseorang itu mengikut agama temannya kerana itu hendaklah kamu melihat orang yang kamu jadikan teman."
(Hadis Riwayat Abu Daud)

Biarpun pada mulanya saya sangsi bila saya dihantar ke sana. Tetapi perancangan Allah maha hebat. Mana saya tidak sangsi, satu pilihan ke tempat yang sememangnya dijaga rapi dan satu lagi ke tempat yang saya dengar lebih negatifnya dari positifnya. Tetapi kita manusia, Allah lebih mengetahui segalanya. Perancangan Dia lebih hebat, Dia tahu apa yang lebih baik buat hambanya.

Saya terlalu mentah pada hemat saya untuk membicarakan hal ini. Hal hidayah, petunjuk ini segala rahsia Allah yang ada orang lebih layak untuk meperkatakan tentangnya. Sungguh saya masih bertatih, mencari ilmu, mengejar masa untuk segalanya. Apa yang saya boleh katakan, saya mahu terus berada di jalan ini. Jalan yang memberi ketenangan abadi. Bukan ketenangan sementara yang saya sibuk cari suatu ketika dahulu. Saya mahu terus istiqamah, terus memperbaiki diri.

Pabila ditanya secara terus dari sepupu kesayangan saya seorang ni, mengapa? mengapa saya memilih untuk jadi begini, " kak, kadangkala kita tak perlu punya sebab, kerana kita hamba.Hamba yang suatu hari pasti akan rindu fitrahnya yang mencintai kebaikan" dan pabila kita merindu, pasti kita akan cari jalan untuk bersama dengan yang kita rindu kan?


Ya Allah tetapkan hatiku di jalanMU

wallahualam, sedikit perkongsian dari saya

5 comments:

Unknown said...

Alhamdulillah, syukur dapat lihat sahabat aku ni dapat hijrah je arah kebaikan. tak semua dapat rezeki macam ni. manfaatkan lah sepenuhnya

Syiera Rosli said...

thanx izzat

Najlaa said...

Alhamdulillah. I'm happy for you. Pls pray for me as well. Istiqamah, dik. Doa akak bersama awak.

Syiera Rosli said...

InsyaAllah kak, smoga kita sama2 berada di jalan Allah selamanya :)

Anonymous said...

jazakillah..terharu baca entry ni, merasakan ini tulisan dari hati.. teruskan menulis.. mr.serenity