Sunday, September 18, 2011

kesal

Menghukum. Layakkah manusia menjadi penghukum? sedang Allah yang tahu segalanya. Faham seorang manusia mungkin hanya dari sudut tertentu, sedang pengetahuan Allah mencakupi semuanya. Ya, mungkin terlibat bahagia seorang manusia itu, tetapi gundah di dalam hatinya Allah sahaja yang tahu tatkala satu demi satu kesalahan dilakukan. Broken is done . Hidup ini tiada butang putar kembali. Tetapi kita ada Allah maha pengampun. Allah maha pengampun.

Manusia suka berkata-kata tanpa sedar banyak hati terluka. Ya, mungkin saya salah seorang daripadanya. Mohon ampun khilaf hamba Ya Allah. Tetapi kali ini saya merasa terluka. Tatkala hati sedang berperang dengan rasa bersalah, ada yang cuba menambah rasa menyapu garam di atas luka. sekian~ hati gundah, mood tak stabil

3 comments:

Najlaa said...

Perkongsian Prof Dr. Muhaya:
Kalau nak bahagia, elakkan daripada
1. menyesal
2. mengeluh
3. menyalahkan orang lain.

Hidup ni ikut mana pun laluannya, cabarannya tetap ada. Kita xkan boleh lari.

Tapi beruntunglah kita diuji ketika berada di jalanNya. Daripada kita diuji dilorong-lorong gelap yang kita sendiri kelam dengan hujung perjalanan yang tahu di mana.

Jangan terus dibiar luka dihati membengkakkan emosi diri. Sebab semua ini silibus untuk pembelajaran kendiri, untuk buat hidup kita lebih bererti.

fuiyo. macam a samad said.haha

Najlaa said...

*yang TAK tahu di mana

Syiera Rosli said...

^^ thanx akak atas perkongsian.