Monday, January 7, 2013

Ayahanda Beta

Playlist main lagu, tangan ligat menulis, assignment punya angkara.

Lagu Fynn Jamal - Biar tiba-tiba mengganti lagu lagu lagha yang aku dengar sebelumnya.

Diam, kelu, rasa mahu nangis lagi. Dua hari aku jadi cengeng, menangis tiap kali teringat mak abah. Cengeng bukan. Hati tisu. Entah kenapa aku terlampau sakit-rumah (read: homesick) minggu ini. Ada yang kata, rumah sekangkang kera je dari kampus, baliklah, apa susah. Dari kau duduk melalak. Mungkin perubahan hormon wanita 21 tahun buat hati aku jadi terlampau tisu. Sukar untuk dibuat pilihan, bilamana kita terpaksa mengorbankan rindu demi sebuah tanggungjawab. Aku relakan, aku pujukkan dengan 'nanti mak abah juga yang dapat sahamnya, akhirat sana insyaAllah mak abah juga senyum bahagia'

Lagu Fynn Jamal- Biar masuk verse kedua.

Buat aku teringat rumah lagi, buat aku teringat kenapa aku rindu sangat wajah-wajah di rumah itu.
Lagu Biar, kisah seorang anak buat bapanya. Ya, wajah garang itu aku sangat rindu.

Biar kali ini aku cerita kenapa aku rindu sangat kepada dia, ayahanda beta.

Bapa itu, bapa yang cukup sabar dengan bermacam-macam kerenah puteri sulungnya ini. Kerana kesabarannya itu kini aku berlari, mengecap apa yang aku ingin kecapi. Terkadang terlupa, jika tiada dia, tidak mungkin aku sebahagia ini. Terima kasih tuhan kurnia bapa seperti dia. Mengenangkan betapa degilnya aku dahulu, aku sendiri menjadi kagum. Dia tak pernah pergi. Pelbagai aku minta, ucap terima kasih kadang aku lupa.

"dia tak pernah bilang apa yang mengcengkam jiwa usangnya, biar, katanya biar"

Pernah suatu ketika, dia jatuh sakit. Dalam kesakitan dia, masih memandu sehingga ke Melaka. Katanya, 'abah nak tengok along'. Katanya rindu. Memandu sambil memegang dadanya yang rasa seperti ditikam-tikam. Setiap kali telefon bertanyakan khabar, abah pasti jawab 'abah sihat, tiada apa yang perlu dirisaukan'. Mujur mak jadi tempat memberitahu.Mata itu tidak akan pernah dapat membohongi aku, betapa banyaknya telah dia berkorban.


Aku bahagia, aku bahagia ada bapa seperti dia. Biar tak terbayar nilai pengorbanan dia. InsyaAllah akan aku usahakan. Moga Allah ampunkan dosa-dosaku terhadap bapa, ayahanda aku, kekasih pertama aku.

Ok, nangis lagi. Cengeng.

jzkk