" ya Allah tolong beri mereka kekuatan ya Allah. Terus beri mereka petunjuk ya Allah. Tetapkan hati kami di jalanMu Ya Allah. kami mahu istiqamah di jalanMu. Ampunilah dosa kami yang lampau"
Kenapa saya gembira sehingga rasa mahu melonjak-lonjak setinggi mungkin, memeluk mereka-meraka yang saya sayang itu. Allah je yang tahu perasaan saya ketika melihat perubahan mereka hari demi hari :) Ya Allah, Allahu Akbar! Kau beri mereka kekuatan ya Allah. Berubah tak pernah mudah. Tapi mereka memilih jalan sukar ini ya Allah.
Suatu ketika dahulu, saya takut pabila ingin memilih jalan ini. Takut tiada sesiapa disisi memberikan sokongan. Alhamdulillah ramai yang datang, ramai yang menenangkan, ramai yang mendukung. Kali ini saya mahu jadi pendukung mereka pula. Terus memberi sokongan kepada mereka InsyaAllah:)
Indah ya Allah perasaan ini. Melihat sendiri di depan mata. Syukur dan syukur di panjat kehadrat mu Ya Rabbi. Mereka insan hebat!
~ mujahadah itu pahit, kerana syurga itu manis~
No comments:
Post a Comment