Untuk dia,
yang setiap memori tersimpan rapi
yang setiap gerak geri aku ingati
yang aku simpan rapi dalam kalbu
biar lidah meronta ingin beritahu
beritahu pada dunia
betapa istimewanya kamu
sekurang-kurangnya buat aku
Untuk dia,
yang aku hanya mampu tersenyum
acap puji dan puja singgah di telinga
kerna aku cukup tahu
yang kamu lebih dari itu
Untuk dia,
yang kini hanya aku mampu tatap
lewat sebuah skrin kaku
mulut membisu, pandang tak endah
tetapi ekor mataku tidak dapat menipu
Untuk dia,
yang kini jauh
kadang teringat, kadang rindu
rindu pada sebuah memori indah
kita dahulu
12:59 pagi, 9 Julai 2014
No comments:
Post a Comment