Wednesday, November 5, 2014

Alone

Bismilahhirrahmannirrahim,
6.50 ptg, usai makan malam.

Sunyi rasa hati dalam keriuhan ramai
Aku mencari wajah wajah yang aku kenali buat melepas lelah yang dirasai
Tapi kosong, tiada siapa lagi yang aku boleh percaya
Tiada siapa lagi yang aku selesa dengannya

Hati rasa sunyi
Akal kata benci "aku tak suka keseorangan begini!"
Tapi ilahi sedang rangka sesuatu yang aku tidak pasti
Aku dibiar sendiri mengira detik detik yang berlalu pergi

Aku tak pasti jika ini satu hukuman atas khilafku
Atau satu ujian buat persediaan hari hariku
Atau boleh jadi juga percaturan yang maha esa
Yang mahu  bergantungnya aku hanya pada dia

Aku rasa kosong, aku rasa seorang diri
Acap kali juga rasa diri ini dibenci
Entah atas sebab apa aku tidak tahu
Atau cuma aku yang membina tembok dikelilingku?

Sudah banyak aku lalui tahun kebelakangan ini
Sudah banyak keji maki yang aku dengari
Sudah banyak hasad dengki aku lalui
Kini aku lelah dan penat menyendiri

Ya Allah hadirkan seorang teman buat penyeri hari
Ya Allah hadirkan seorang teman buat penyejuk hati
Ya Allah hadirkan seorang teman yg akan bersamaku sampai mati.

No comments: