Sunday, February 2, 2014

Hati

Berkali-kali diingatkan hati, jangan jatuh sesuka hati, jangan jatuh jika disana terlampau mustahil untuk digapai. Nama pun hati, hati tiada akal untuk mewaraskan bila mana ia memutuskan untuk jatuh kepada yang disana. Minda masih waras, ia tak mahu beri separuh hati sesuka hati. Tapi hati, dia berani. Kini hati sudah terasa pedih, yang disana rupa-rupanya hatinya sudah jatuh kepada yang lain. Tidak apa, sampai disini. Selamat tinggal. Selamat tinggal. Hati kini tahu, ia perlu berhenti. Kisahnya dengan rama-rama dulu sudah cukup buat dia sedari, cinta bukan lagi miliknya buat masa ini....

No comments: