Tuesday, November 22, 2011

yang tak terisi tak mungkin bisa mengisi

Bismillahirrahmannirrahim
Yang tak terisi tak mungkin bisa mengisi
saya selalu terfikir akan kata-kata ini. Mungkin boleh disama ertikan dengan 'yang tak tahu tak akan boleh membuatkan orang lain juga tahu'. Pedas bukan. Ya cukup pedas buat diri saya. Mana mungkin seorang yang tak terisi atau mungkin terisi hanya baru sedikit boleh mengisi orang-orang lain.

Perasaan itu menekan saya. Rasa rendah diri setiap kali berhadapan dengan mereka semua bukan suatu mainan. Hanya ternganga ketika disua satu demi satu persoalan bukan suatu yang boleh diambil ringan. Allah, saya malu. Sungguh saya malu.

Pernah dihantar untuk mendalami semua ini diwaktu usia yang terlalu mentah. seawal usia 7 tahun. Tika diri tak tahu menilai pentingnya semua itu. Tika diri masih hingusan yang lebih teruja mendengar bunyi loceng waktu rehat daripada mendengar murabbi menyampaikan ilmu dihadapan. Tamat pelajaran sekitar usia 12 tahun. Mentah bukan. Walaupun mumtaz tapi tiada satu pun yang melekat di dalam diri.

Sesal sekarang tidak lagi berguna kan? Teruskan mencari, itu penyelasaiannya. Biarlah dilihat seperti pengemis meminta-minta ilmu tapi akan saya teruskan juga. Banyak lagi lompang-lompang kosong di dalam diri ini yang perlu diisi, perlu ditarbiyah, perlu terus diberi. Makanan rohani saya masih tidak mencukupi. Dalaman saya masih belum cukup kuat.

"yang tak terisi tak mungkin boleh terisi"... Saya akan terus mencari kerana saya sangat mahu memberi. Mahu memberi tetapi tiada apa yang boleh diberi...

1 comment:

Campus Hero said...

nak hadiahkan lagu muhasabah diri buat cik nurul. sebab saya sedang mendengar lagu ini sekarang. tika membaca blog cik nurul, saya juga sedang dalam keadaan yang sama. amat runsing memikirkan hasrat hati yang tak terluah dek kekurangan diri sendiri. Saat ini, konklusi yg bisa dibuat adalah, kembali pdNya. dan cari balik diri dlm diri. kdg2, rasa mcm nak henti semuanya. dan fokus pd yg sepatutnya. tp, kaki tetap melangkah sebab kaki kata kau tak boleh henti sebab kau dah mulakan langkah. saya juga pernah didatamngi oleh seorang ikhwah sewaktu lecture session, ikhwah tu menangis pada saya dan ceritakan semua pd saya. ceritakan semua masalah beliau pd ketika itu. alhamdulillah. walau saya tak mampu selesaikan, sedikit sebanyak dpt mengurangkan rasa tertekan beliau. dan beliau masih tersenyum semula selepas habis bercerita. alhamdulillah. betapa leganya hati beliau. tapi sebagai seorang muslimin, takkan saya nak menangis pula pd org lain dan menceritakan masalah say apd ketika ini. haha. jadi, saya buat keputusan, jom menangis atas tikar sejadah. sebanyak manapun saya ceritakanb masalah pd org lain, takkan sama impaknya pabila saya ceritakan pdNya.. ;)