Saturday, November 26, 2011

salam maal hijrah dan senyum

Bismillahirrahmannirrahim


Salam maal hijrah kepada seluruh umat Islam~
semoga maal hijrah kali ini bawa satu signifikasi hebat buat diri saya khasnya
banyak yang perlu diubah diperbaiki, diri ini serba serbi kekurangan, seperti biasalah azam-azam sama setiap tahun. Menjadi muslimah yang lebih baik, jadi anak yang solehah, jadi itu dan jadi ini. Kalau disenaraikan pasti pening muntah darah pembaca. Tapii kali ini perlu tambah satu, apa itu? perlu senyum,perlu senyum selalu, perlu senyum pabila memandang orang lain :)   (p/s: thanx sahabat atas teguran ^^)

Yang sudah terbiasa, jangan biar terus membinasa
I'm used to it. Really. I'm used to when people call me sombong, spoil kids, berlagak dan lain-lain yang seerti haha. Kadang rasa kelakar. Saat wajah saya lansung tidak bereaksi itulah saat wajah saya yang paling sombong barangkali. Pernah sekali seorang rakan baru takut utk mendekati hanya kerana dia mengatakan saya memandangnya dengan wajah sombong lalu menjelingnya dgn hujung mata. Syukur akhirnya saya tetap bersahabat baik dengannya dan dia faham situasi sebenar. Mak selalu kata hujung mata saya tajam, sebab itu kalau saya alih pandang seolah-olah saya menjeling. Dulu saya rasa takpelah, biarlah saya biasa dengan kata-kata orang itu, tapi sekarang saya takut ia membinasa. Jadi saya harus ambil langkah berubah, senyum banyak banyak :) Rakan-rakan yang sudah mengenali pasti tahu betapa periangnya saya, betapa saya amat suka ketawa, betapa senang untuk buat saya tersenyum.


Jadi, sempena Maal Hijrah ini, saya ingin sekali memohon maaf kepada sesiapa yang terasa tatkala bertembung tetapi saya seolah-olah sombong. Sungguh, sebenarnya kebanyakan masa muka saya lansung tidak bereaksi. Allah kurniakan raut muka sebegini pasti ada hikmahnya :) Saya mohon maaf sekali lagi, saya mahu mulakan tahun baru ini dengan ucapan maaf kepada semua. Saya juga maafkan sangkaan-sangkaan anda. Saya pasti kita semua ada telahan sendiri pada mulanya, cuma jangan biarkan telahan itu menghalang kita dari mengenali siapa orang itu sebenarnya ^^

"kan jadi daei harus selalu tersenyum :) " senyum tak perlu kata apa-apa....

Pesanan seorang sahabat :
Tersenyum sangatlah mudah pada saat keadaan baik. Namun tentangan sebenarnya adalah
menjaga senyum itu disaat keadaan memburuk.

2 comments:

Campus Hero said...

i read this entry with lots of smiles. jadilah diri kamu yg seadanya sebab seadanya itulah memang dah superb dan osem. jangan disebabkan kata2 sahabatmu yg seorang itu membuat kamu begitu terasa hati dan lantas merubah segalanya. kata2 sahabatmu itu atas dasar begitu sayangkan sahabatnya atas nama Allah. dan sahabatmu itu ingin sekali melihat kamu menjadi somebody dalam kalangan semua. dan sahabat mu itu juga sangat inginkan kamu dan kenalannya menjadi satu yakni juga menjadi sahabat baik. untuk apa? untuk turut membantu menyampaikan mesej2 mendaulahkan agama Allah. dan sahabatmu itu tidak pernah meminta supaya kamu merubah dirimu itu, tidah pernah.
sahabatmu itu berpesan kepada saya supaya, mohon maaf bagi pihaknya jika kata2 itu menyinggung hati itu. SENYUM! SMILE! di situlah bercambahnya ketenangan. InsyaAllah. senyum. dan pandanglah dunia dan isinya dengan kaca mata dakwah yg osem dan style! salam maal hijrah! ;) :)

Syiera Rosli said...

ini bukan soal terasa hati, tidak terasa lansung malahan berazam untuk berubah jadi lebih baik. bace entry ini dgn positive ye kerana penulis menulis entry ini juga sambil tersenyum.