Monday, September 10, 2012

Wishlist :)

Wishlist, kalau dapat mesti lagi semangat baca quran :)
ada sesiapa nak bagi?
jzkk 

Tuesday, September 4, 2012

Cuba lagi

Bismillahhirahmannirahim

Seriously,
penat, letih
kerenah mereka bukan sikit
tambah lagi sampai hari ini, masih belum ada rezeki

akan malam ini diingati
yang kau pernah rasa lelah 
pernah rasa mahu lari jauh

tapi, cuba lagi
esok lusa ada lagi
sampai langit, itu limit
biar berkali-kali kau gagal pun
siapa kata tak patah hati?
tak ada masalah, cuba lagi

cuma ini cuba lagi yang kali terakhir
Bismillah, tukar niat, pasti jadi

Monday, August 27, 2012

Tiramisu Cheesecake :)

Bismillahirrahmannirrahim..
short update for today as assignmentsss sgtlah menimbun-nimbun

Festive surrounding masih terasa walaupun dah 7 Syawal hari nie
Alhamdulillah, jemputan-jemputan ke rumah terbuka masih lumayan
Buat para tetamu baitul haura pula, terima kasih terima kasih ;) terasa meriah sangat hari nie

So, as musim-musim raya nie, nak menjemput tetamu ke rumah haruslah ada juga sedikit juadah
Seganlah rumah anak dara tapi tiada apa-apa untuk dijamu, jadi harini saya try satu resepi, Tiramisu Cheesecake. Alhamdulillah menjadi ;)

 My Tiramisu Cheesecake 

As it is easy peasy like ABC so i have to try ;) my first trial of making cheesecake teehe

Part of the ingredients
Thanx kepada sahabat2 yg sudi menjemput ke rumah, kamil,kak ejum,bj,kak dhuwa,kak ween,ezry and more to come :D haha masih jalan2 raya sampai hari nie!

P/S: post ini ditulis pd 25th August thats why 7 syawal :)
JZKK

Tuesday, August 21, 2012

Of Eid Mubarak

Bismillahirrahmannirrahim

Tgk semua orang posting gambar raya
dengan keluarga, saudara mara
saya pulak kena tunggu photographer a.k.a sepupu upload kemudian hari
sebelum tu..
saya pun ada gambar raya
dari wak jawa dan si tembam
khusyuk dorg mengabiskan kuih raya 

Sebelum terlambat, 
Salam Lebaran 
Minal Aidil wal Faizin
Semoga amalan kita di bulan ramadhan diterimaNya

With Love, 
Syiera dan keluarga 

Tuesday, July 24, 2012

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

Bismillahirrahmannirrahim
semoga setiap apa yang ditulis dipandu olehNya :)

Alhamdulillah thummal alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk berada di dalam bulan penuh barokah ini! :) Satu nikmat yang tidak patut disia-siakan, satu nikmat yang sangat besar maghfirahnya, satu nikmat yang melebihi segala nikmat yang lain. Masakan tidak, bulan ini bulan pahala, bulan penyucian jiwa, Allahurabbi :') Ibadah sunat diberi pahala ibadah wajib, ibadah wajib dilipatkaligandakan pahalanya sebanyak 70 kali, nikmat bukan?

Ramadhan kali ini banyak tekad yang saya pasang, seperti, errrr.. lebih rajin menulis blog dengn pengisian yang berguna?  InsyaAllah. Ramadhan kali ini terlalu banyak yang saya mahu capai, saya mahu ubah, saya mahu rebut. Kenapa? kerana saya rasakan terlalu banyak kesalahan yang saya lakukan sepanjang bulan-bulan sebelum ini, terlalu banyak kata-kata nafsu yang saya ikuti, terlalu banyak malam-malam sepi dari tahajjud, terlalu banyak solat yang sengaja dilewat-lewatkan, terlalu sedikit ibadah-ibadah sunat.Ya Allah, sungguh wahan. Tarbiyyah ruhi sepi. Daei yang kering jiwa tak mungkin dapat membasahkan jiwa yang lain. Sungguh saya takut.

So ramadhan kali ini saya come up dengan beberapa resolusi! Harus Semangat! 
1. Simple, saya mahu solat awal waktu, seawalnya, biar menunggu-nunggu waktu solat itu.
2. Solat sunat rawatib mesti dilakukan, jangan ada alasan
3. Solat sunat dhuha, biarlah sesibuk mana pun
3. Atleast khatam quran sekali dalam bulan ramadhan
4. Solat isya' berjemaah dan sekaligus solat tarawih berjemaah
5. Kurangkan bercakap,kalau boleh tiada perkara-perkara lagha terkeluar dari mulut
6. Saya juga mahu solat subuh berjemaah bersama housemates tersayang, fifi, nini, miemie, ena dan azira
7. Ikhtilat, ikhtilat. Saya mahu jaga sebaik mungkin. 
8. dan dengan ini saya juga mengambil cabaran daripada inchi gabbana dari angelpakaigucci


Cabaran inchi gabbana :)
  1. Solat berjemaah, et lis tiga kali sehari
  2. Khatam al-Quran, et lis sekali dengan maksudnya sekali sepanjang bulan Ramadhan
  3. Solat terawih tak tinggal sepanjang bulan Ramadhan, et lis lapan rakaat
  4. Bangun malam menunaikan tahajjud et lis sekali seminggu
  5. Solat sunat witir tak tinggal sepanjang bulan Ramadhan, et lis tiga rakaat
  6. Solat sunat dhuha, et lis dua hari sekali dua rakaat setiap kali
  7. Iktikaf et lis tiga kali pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan
  8. Perbanyakkan: a) sedekah (et lis seminggu sekali bersedekah), b) Istighfar (et lis 70 kali sehari) c) zikir-zikir yang maathur dan d) senyuman. Semuanya perlu diperbanyakkan lebih banyak daripada biasa! Hoyeaaahh.
  9. Menjamu orang berbuka puasa et lis dua kali sepanjang bulan Ramadhan
  10. Memasak juadah berbuka untuk keluarga (et lis satu lauk) sekali sepanjang bulan Ramadhan
  11. Perbanyakkan doa ketika berbuka dan bersahur. Antara doa yang perlu dilafazkan:
  • Pembebasan Palestin
  • Pembebasan Syria
  • Pembebasan seluruh umat Islam dari cengkaman musuh-musuh Islam 
  • Dimasukkan ke dalam sorga FirdausNya, bersama-sama dengan orang-orang terchenta dan seluruh umat Islam
  • Diampunkan segala dosa dan ditutup rapat pintu neraka untuk diri sendiri, keluarga, rakan-rakan dan seluruh umat Islam 


Glupsss, mampu ke? InsyaAllah! yakin boleh! Tak , tak, bukan untuk menunjuk-nunjuk apabila meletakkan list sebegini di blog. Ni adalah salah satu cara untuk menaikkan semangat saya sendiri. Harap tiada yang salah faham ;)

Rasa terlampau banyak pulak menulis, ok lah, till fingers meet the keyboard.
Jazzakallah khairan khatira
Salam'alaik 

Wednesday, May 2, 2012

Mujahidah itu :)

Mujahidah itu…
Hati meresahkan kesal menolak cintanya,
Api cinta marak dipendam bahangnya,
kerna itu Rahsia hati dan cintanya,
Pada Allah saja diceritakan rahsianya,
Terusan berdoa memohon kepada-Nya,
Moga itu terbaik buat dirinya…

Mujahidah itu…
Di luaran dia tenang,
Dalam hati iman menentang,
Dalam hati nafsu berperang,
Antara dua cinta yang bertandang,
Namun, cinta Allah selalu menang,
Cinta kedua dilepaskan terbang…
Hari demi hari terus menyapa,
Kata orang mengapa tak punya rasa,
Sedangkan dia masih remaja,
Kata orang mengapa dia bahagia,
Sedangkan dia tak punya cinta,
Kata orang mengapa mantap hatinya,
Sedangkan dia tiada rijal penguatnya,
Mulut itu mulut mereka,
Sabarlah, biarkan saja…

Mujahidah itu…
Rabiatul Adawiyah itulah idolanya,
Sumayyah itulah obornya,
Khawlah itulah kecemburuannya,
Nusaybah itulah pahlawannya,
Fatimah itulah teladannya,
Aishah itulah buktinya,
Khadijah itulah kebanggaannya…

Mujahidah itu…
Dia mahu jadi bidadari,
Terus solehah di jalan Ilahi,
Itu mimpinya di malam hari,
Itu angannya di siang hari,
Itu bicaranya sehari-hari,
Menjadi isteri sentiasa berbakti,
Kepada suami bakal berbudi,
Pilihan Allah akan terbukti!
Ia janji yang sangat pasti!

Mujahidah itu…
Tidak takut kehilangan cintanya,
Biar pelbagai ujian melanda,
Lelaki itu, perlukan masa,
Memilih buat diri mereka,
Pilihan yang semestinya istimewa,
Calon ibu, buat zuriatnya!
Penyeri dunia, itulah temannya!
Di Syurga, itulah bidadarinya!
Membuat lelaki segan dengannya,
Menyedarkan, lelaki melainkan peranan,
Bahawa wanita bukan mainan,
Tetapi mutiara itulah nilaian…

Ya, mujahidah itu..
menghitung langkahnya,
Muhasabah dirinya,
katanya, dia masih banyak kurangnya!
Hanya menggeleng kepala..
Tatkala datangnya lelaki menggoda
Hanya bisu berdiam saja,
Diam maknanya iman sahaja bersuara,
Pandangan matanya dibutakan sahaja,
Buta maknanya hatinya mula berkata,
Rijal kekasih Allah itu yang diharapnya!
Pejuang agama itulah pembimbingnya!
Redha ibubapa itulah pilihannya!
Bukannya rijal yang sebaliknya…

Mujahidah itu…
Bukan dia tidak punya hati
Tetapi hatinya sudah mati,
Tatkala ummat Muhammad dilukai,
Hatinya menangis penuh ngerti,
Tatkala jasad saudaranya dikelar sana-sini,
Hatinya meraung penuh simpati,
Tatkala adik seakidah dirogoli,
Dibunuh tanpa secebis insani,
Hatinya jadi benar-benar mati,
Tak punya masa untuk bekasihani…

Mujahidah itu…
Tidak dia rasa kekurangan,
Kerna sudah cukup adanya Tuhan,
Tidak dia sepi sendirian,
Bila sentiasa bertemankan Tuhan,
Dia umpama permata yang bersilaun,
Kerdipnya menyilau pandangan,
Dialah wanita harapan Tuhan,
Kebanggaan umat zaman berzaman…

Mujahidah itu…
Menjadi gadis sudah fitrahnya,
Menjadi pilihan bukan pintanya,
Sebagai penyeri itulah hakikatnya,
Menjadi khalifah itulah tugasnya,
Membuat silap bukan sekali,
Namun mengalah tidak sekali,
Menjadi seorang mukminat sejati,
Itulah usahanya setiap hari…

Mujahidah itu…
Tetaplah dirinya teguh di satu jalan…
Menjadi bidadari sememangnya impian…
Melangkah dengan sejuta harapan…
Mengejar cinta dan keredhaan Tuhan…
Moga beroleh Syurga idaman…

Ameen, ya Rabb

-Nukilan ukhti kamilah, buat koreksi diri ini yang sentiasa kekurangan-

Tuesday, March 13, 2012

Perjalanan

Bismillahirahmannirrahim

Allahu Rabbi, Allahu Rabbi
terasa mahu mengalir air mata
kasihan pada hati, menderita lagi
kesedihan kali ini biarlah jadi pembakar semangat
kesedihan kali ini biarlah menjadi penghapus duka pada masa akan datang
aku tidak mahu ia terjadi lagi

Bersama dengan kesedihan itu aku membuat suatu keputusan
pengunduran ini bukan bermaksud lari
juga bukan bermaksud aku kejam kepada sesiapa
cuma kerehatan sementara, untuk menggapai semula apa yang telah hilang
biarkan kata nista mereka
kerana hanya aku dan Dia tahu apa yang aku perlu

Wassalam