semoga setiap apa yang ditulis dipandu olehNya :)
Alhamdulillah thummal alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk berada di dalam bulan penuh barokah ini! :) Satu nikmat yang tidak patut disia-siakan, satu nikmat yang sangat besar maghfirahnya, satu nikmat yang melebihi segala nikmat yang lain. Masakan tidak, bulan ini bulan pahala, bulan penyucian jiwa, Allahurabbi :') Ibadah sunat diberi pahala ibadah wajib, ibadah wajib dilipatkaligandakan pahalanya sebanyak 70 kali, nikmat bukan?
Ramadhan kali ini banyak tekad yang saya pasang, seperti, errrr.. lebih rajin menulis blog dengn pengisian yang berguna? InsyaAllah. Ramadhan kali ini terlalu banyak yang saya mahu capai, saya mahu ubah, saya mahu rebut. Kenapa? kerana saya rasakan terlalu banyak kesalahan yang saya lakukan sepanjang bulan-bulan sebelum ini, terlalu banyak kata-kata nafsu yang saya ikuti, terlalu banyak malam-malam sepi dari tahajjud, terlalu banyak solat yang sengaja dilewat-lewatkan, terlalu sedikit ibadah-ibadah sunat.Ya Allah, sungguh wahan. Tarbiyyah ruhi sepi. Daei yang kering jiwa tak mungkin dapat membasahkan jiwa yang lain. Sungguh saya takut.
So ramadhan kali ini saya come up dengan beberapa resolusi! Harus Semangat!
1. Simple, saya mahu solat awal waktu, seawalnya, biar menunggu-nunggu waktu solat itu.
2. Solat sunat rawatib mesti dilakukan, jangan ada alasan
3. Solat sunat dhuha, biarlah sesibuk mana pun
3. Atleast khatam quran sekali dalam bulan ramadhan
4. Solat isya' berjemaah dan sekaligus solat tarawih berjemaah
5. Kurangkan bercakap,kalau boleh tiada perkara-perkara lagha terkeluar dari mulut
6. Saya juga mahu solat subuh berjemaah bersama housemates tersayang, fifi, nini, miemie, ena dan azira
7. Ikhtilat, ikhtilat. Saya mahu jaga sebaik mungkin.
8. dan dengan ini saya juga mengambil cabaran daripada inchi gabbana dari angelpakaigucci
Cabaran inchi gabbana :)
- Solat berjemaah, et lis tiga kali sehari
- Khatam al-Quran, et lis sekali dengan maksudnya sekali sepanjang bulan Ramadhan
- Solat terawih tak tinggal sepanjang bulan Ramadhan, et lis lapan rakaat
- Bangun malam menunaikan tahajjud et lis sekali seminggu
- Solat sunat witir tak tinggal sepanjang bulan Ramadhan, et lis tiga rakaat
- Solat sunat dhuha, et lis dua hari sekali dua rakaat setiap kali
- Iktikaf et lis tiga kali pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan
- Perbanyakkan: a) sedekah (et lis seminggu sekali bersedekah), b) Istighfar (et lis 70 kali sehari) c) zikir-zikir yang maathur dan d) senyuman. Semuanya perlu diperbanyakkan lebih banyak daripada biasa! Hoyeaaahh.
- Menjamu orang berbuka puasa et lis dua kali sepanjang bulan Ramadhan
- Memasak juadah berbuka untuk keluarga (et lis satu lauk) sekali sepanjang bulan Ramadhan
- Perbanyakkan doa ketika berbuka dan bersahur. Antara doa yang perlu dilafazkan:
- Pembebasan Palestin
- Pembebasan Syria
- Pembebasan seluruh umat Islam dari cengkaman musuh-musuh Islam
- Dimasukkan ke dalam sorga FirdausNya, bersama-sama dengan orang-orang terchenta dan seluruh umat Islam
- Diampunkan segala dosa dan ditutup rapat pintu neraka untuk diri sendiri, keluarga, rakan-rakan dan seluruh umat Islam
Glupsss, mampu ke? InsyaAllah! yakin boleh! Tak , tak, bukan untuk menunjuk-nunjuk apabila meletakkan list sebegini di blog. Ni adalah salah satu cara untuk menaikkan semangat saya sendiri. Harap tiada yang salah faham ;)
Rasa terlampau banyak pulak menulis, ok lah, till fingers meet the keyboard.
Jazzakallah khairan khatira
Salam'alaik
No comments:
Post a Comment