Thursday, November 15, 2012

#PrayForGaza

Bismillahirrahmannirrahim

1 Muharam 1434H dicemari serangan Israel Laknatullah :'(

Sungguh, kita tiada kemampuan fizikal untuk turut sama membantu, tetapi kita semua, umat islam yang bersaudara atas dasar keimanan, punya senjata paling kuat, kita punya DOA! Ayuh saudara-saudaraku, saudara kita disana sedang dibom, sedang dicederakan, sedang dibunuh dengan kejam, kita hantar doa buat mereka. Sesungguhnya mereka beruntung, matinya mereka dalam syahid, kita? pastikah pengakhiran kita nanti khusnul khotimah?


Surat dari Palestine

Tertarik dengan status dari Inchi Gabbana,

"Orang-orang Palestin yang dizalimi dan yang terkorban, sekurang-kurangnya mereka ada mahkamah Allah untuk menuntut bela. Dan adakah kita sudah bersedia seandainya kita turut terdakwa..? Gulp. T..T"

Bersediakah kita, jka kita turut sama terdakwa, kerana tiada usaha untuk mereka. Usaha kita, senjata kita sekarang, DOA! Semoga Allah menurunkan bantuan buat mereka disana #PrayForPalestine



JZKK


Wednesday, November 14, 2012

Of 1433 Hijrah - Pyea Baal Cambodia

Bismilahhirahmanirrahim

 Salam tahun baru 1434 Hijrah! :) Alhamdulillah Allah masih beri peluang untuk bersua dengan tahun baru, permulaan baru dan yang pastinya azam untuk menjadi lebih baik ^^

Eh tapi kenapa tajuk entri "Of 1433 Hijrah" ? pheww banyakkkk perkara awesome berlaku dalam tahun tu, alhamdulillah banyak kenangan manis dan pengalaman baru diperolehi. Semoga tahun baru ini bawa lebih banyak perkara yang lebih awesome insyaAllah!

Salah satu perkara yang ter-awesome yang saya lalui adalah Pyea Baal Cambodia yang berlangsung dari 13hb hingga 20hb 2012 (err err tahun hijrah berapa hari bulan ye?) Disebabkan agak sibuk seusai program makanya hari ini baru berkesempatan mahu mengabdikan cerita awesome tersebut di blog ini, tetapi disebabkan saya sudah penat menulis daily log (catatan harian yang diwajibkan kepada semua komiti) jadi biarlah gambar yang bercerita :) A picture tells a thousand words aite?



Sebelum bertolak, aktiviti bungkus membungkus barangan wakaf dijalankan. Alhamdulillah, barangan wakaf buat penduduk Kg. Thmei, Kemboja  berjaya diterbangkan ke sana :)



Yeay! Alhamdulillah, tiba di Lapangan Terbang Phnom Penh
Upper, MMU and Lower, Sahabat2 dari CUCMS


Dipendekkan cerita disebabkan kekurangan photos, ini adalah ringakasan aktiviti yang dijalankan :)
clockwise, from left bengkel solat, medical check up, sunathon, pengagihan beras

Aktiviti sunathon dan medical checkup dibantu sahabat2 dari CUCMS. Yep medical student for sure,kami tak bertauliah untuk mensunatkan orang. Banyak juga yang saya belajar sepanjang hari yang dikhaskan utk  program berkaitan kesihatan, from blood pressure taking, measuring  glucose level dan juga menjadi assistant dalam sunathon, semua sudah dilakukan. Percubaan untuk mengelak ke bahagian sunathon dengan meng-volunteer-kan diri untuk membantu di bahagian medical checkup sahaja tidak berjaya, haha jujur saya agak gerun dengan darah, tetapi who knows i finally can overcome the fear on that day alhamdulillah :) 



Bengkel Solat, one tough job, teaching without knowing how to speak their language
Alhamdulillah, cooperation mereka dan bantuan translator membantu melancarkan proses :)


Gotong royong perdana. 

Itulah sedikit kenangan dan pengalaman sewaktu disana :) Perjalanan yang bukan mudah, dari hari pertama PBC ditubuhkan sehingga tamat program, bermacam-macam dugaan yang dilalui yang pastinya mematangkan setiap dari kami. Alhamdulillah thummal alhamdulillah ya rabb atas peluang ini, kurniakan setiap dari kami lebih banyak peluang untuk terus berbakti. Seperti kata-kata yang selalu diulang seorang senior kesayangan kami,
"Erti hidup adalah untuk memberi"


Kami. Pyea Baal Cambodia 2012.
JZKK