Friday, September 14, 2012

Hikmah Ujian

Bismillahirrahmannirrahim,

Alhamdulillah thummal alhamdulillah, satu sem hampir tamat. Semester satu tahun dua :) Kini saya dan rakan-rakan berdepan dengan minggu-minggu imtihan yang sememangnya menguji hati dan nurani. Ditambah lagi dengan pelbagai ujian yang datang perlahan-perlahan dan berterusan. Dalam pelbagai cara, namun ujian itu satu yang perlu kita syukuri. Kenapa syukuri? itu tanda kita masih dalam perhatian Dia. Dia masih mahu menguji kita, masih mahu melihat kita :') Allahurabbi

Dalam berdepan dengan ujian demi ujian, tidak ramai yang mampu bertahan. Paling kurang pasti setitis dua air mata mengalir di pipi. Namun, ada satu perkara yang perlu diingati setiap kali diuji. Ujian ini ibarat penghapus dosa sebenarnya. Lebih berat ujian, lebih banyak dosa yang diampunkan. Muhasabah diri setiap kali diuji, mungkin banyak dosa yang Allah mahu lenyapkan, lenyap bersama air mata pengharapan kepadaNya. Kerana Allah ini Maha Penyayang dan Dia mahu hati hambaNya sentiasa dalam keadaan suci, bersih.


Analoginya mudah, dosa yang kecil boleh dipadam dengan ujian yang kecil, ibarat tulisan yang menggunakan pensil, mudah dipadam dengan pemadam yang lembut. Dan dosa yang besar, pemadamnya adalah ujian yang agak berat. Ibarat tulisan yang ditulis dengan pen, hanya boleh dipadam menggunakan pemadam pen yang keras. Hati yang suci dan bersih, hanya boleh dikecapi dengan hati yang bebas noda. Yang sudah dipadam dengan ujian-ujian yang datang. Hati yang bebas noda, lebih senang hampir denganNya :)

Jadi,ayuh jadikan setiap ujian itu sesuatu yang positif. Indahnya menjadi seorang muslim, sentiasa berhusnuzhon dengan Allah :) kerana Allah itu terletak pada sangkaan hambaNya. Allah itu maha penyayang, ya rahman ya rahim.

Jzkk

Monday, September 10, 2012

Wishlist :)

Wishlist, kalau dapat mesti lagi semangat baca quran :)
ada sesiapa nak bagi?
jzkk 

Tuesday, September 4, 2012

Cuba lagi

Bismillahhirahmannirahim

Seriously,
penat, letih
kerenah mereka bukan sikit
tambah lagi sampai hari ini, masih belum ada rezeki

akan malam ini diingati
yang kau pernah rasa lelah 
pernah rasa mahu lari jauh

tapi, cuba lagi
esok lusa ada lagi
sampai langit, itu limit
biar berkali-kali kau gagal pun
siapa kata tak patah hati?
tak ada masalah, cuba lagi

cuma ini cuba lagi yang kali terakhir
Bismillah, tukar niat, pasti jadi