Tuesday, March 13, 2012

Perjalanan

Bismillahirahmannirrahim

Allahu Rabbi, Allahu Rabbi
terasa mahu mengalir air mata
kasihan pada hati, menderita lagi
kesedihan kali ini biarlah jadi pembakar semangat
kesedihan kali ini biarlah menjadi penghapus duka pada masa akan datang
aku tidak mahu ia terjadi lagi

Bersama dengan kesedihan itu aku membuat suatu keputusan
pengunduran ini bukan bermaksud lari
juga bukan bermaksud aku kejam kepada sesiapa
cuma kerehatan sementara, untuk menggapai semula apa yang telah hilang
biarkan kata nista mereka
kerana hanya aku dan Dia tahu apa yang aku perlu

Wassalam