Sunday, December 18, 2011

Kerana aku mahu jatuh cinta
jatuh cinta dengan Dia
sedalam-dalamnya ~

~ Ya Allahu rabbi, aku mahu jadi hambaMu, yang mencintaiMu dalam setiap detak nadiku, dalam setiap hembus nafasku, dalam setiap saat masaku, dalam hari-hariku, Allahumma Ameen ~

Saturday, November 26, 2011

salam maal hijrah dan senyum

Bismillahirrahmannirrahim


Salam maal hijrah kepada seluruh umat Islam~
semoga maal hijrah kali ini bawa satu signifikasi hebat buat diri saya khasnya
banyak yang perlu diubah diperbaiki, diri ini serba serbi kekurangan, seperti biasalah azam-azam sama setiap tahun. Menjadi muslimah yang lebih baik, jadi anak yang solehah, jadi itu dan jadi ini. Kalau disenaraikan pasti pening muntah darah pembaca. Tapii kali ini perlu tambah satu, apa itu? perlu senyum,perlu senyum selalu, perlu senyum pabila memandang orang lain :)   (p/s: thanx sahabat atas teguran ^^)

Yang sudah terbiasa, jangan biar terus membinasa
I'm used to it. Really. I'm used to when people call me sombong, spoil kids, berlagak dan lain-lain yang seerti haha. Kadang rasa kelakar. Saat wajah saya lansung tidak bereaksi itulah saat wajah saya yang paling sombong barangkali. Pernah sekali seorang rakan baru takut utk mendekati hanya kerana dia mengatakan saya memandangnya dengan wajah sombong lalu menjelingnya dgn hujung mata. Syukur akhirnya saya tetap bersahabat baik dengannya dan dia faham situasi sebenar. Mak selalu kata hujung mata saya tajam, sebab itu kalau saya alih pandang seolah-olah saya menjeling. Dulu saya rasa takpelah, biarlah saya biasa dengan kata-kata orang itu, tapi sekarang saya takut ia membinasa. Jadi saya harus ambil langkah berubah, senyum banyak banyak :) Rakan-rakan yang sudah mengenali pasti tahu betapa periangnya saya, betapa saya amat suka ketawa, betapa senang untuk buat saya tersenyum.


Jadi, sempena Maal Hijrah ini, saya ingin sekali memohon maaf kepada sesiapa yang terasa tatkala bertembung tetapi saya seolah-olah sombong. Sungguh, sebenarnya kebanyakan masa muka saya lansung tidak bereaksi. Allah kurniakan raut muka sebegini pasti ada hikmahnya :) Saya mohon maaf sekali lagi, saya mahu mulakan tahun baru ini dengan ucapan maaf kepada semua. Saya juga maafkan sangkaan-sangkaan anda. Saya pasti kita semua ada telahan sendiri pada mulanya, cuma jangan biarkan telahan itu menghalang kita dari mengenali siapa orang itu sebenarnya ^^

"kan jadi daei harus selalu tersenyum :) " senyum tak perlu kata apa-apa....

Pesanan seorang sahabat :
Tersenyum sangatlah mudah pada saat keadaan baik. Namun tentangan sebenarnya adalah
menjaga senyum itu disaat keadaan memburuk.

Tuesday, November 22, 2011

yang tak terisi tak mungkin bisa mengisi

Bismillahirrahmannirrahim
Yang tak terisi tak mungkin bisa mengisi
saya selalu terfikir akan kata-kata ini. Mungkin boleh disama ertikan dengan 'yang tak tahu tak akan boleh membuatkan orang lain juga tahu'. Pedas bukan. Ya cukup pedas buat diri saya. Mana mungkin seorang yang tak terisi atau mungkin terisi hanya baru sedikit boleh mengisi orang-orang lain.

Perasaan itu menekan saya. Rasa rendah diri setiap kali berhadapan dengan mereka semua bukan suatu mainan. Hanya ternganga ketika disua satu demi satu persoalan bukan suatu yang boleh diambil ringan. Allah, saya malu. Sungguh saya malu.

Pernah dihantar untuk mendalami semua ini diwaktu usia yang terlalu mentah. seawal usia 7 tahun. Tika diri tak tahu menilai pentingnya semua itu. Tika diri masih hingusan yang lebih teruja mendengar bunyi loceng waktu rehat daripada mendengar murabbi menyampaikan ilmu dihadapan. Tamat pelajaran sekitar usia 12 tahun. Mentah bukan. Walaupun mumtaz tapi tiada satu pun yang melekat di dalam diri.

Sesal sekarang tidak lagi berguna kan? Teruskan mencari, itu penyelasaiannya. Biarlah dilihat seperti pengemis meminta-minta ilmu tapi akan saya teruskan juga. Banyak lagi lompang-lompang kosong di dalam diri ini yang perlu diisi, perlu ditarbiyah, perlu terus diberi. Makanan rohani saya masih tidak mencukupi. Dalaman saya masih belum cukup kuat.

"yang tak terisi tak mungkin boleh terisi"... Saya akan terus mencari kerana saya sangat mahu memberi. Mahu memberi tetapi tiada apa yang boleh diberi...

Wednesday, November 16, 2011

itulah dia

Allahuakbar, Allahuakbar

Allah maha besar, Allah maha penyayang, Allah maha pemurah :')
tika saya kadang-kadang alpa dan leka
saya sibuk mengira kekecewaan, kesedihan saya
tika itu Allah juga sibuk terus melimpahkan dan melimpahkan kurniaanNya
saya terlupa menghitung nikmat yang diberi
saya menghitung duka, titis air mata
tanpa saya sedari betapa banyak senyum Allah kurnia setiap hari
saya mengira ketidakcukupan
sedang Allah telah mencukupkan segala-galanya
mungkin sedikit kekurangan itu sebagai ujian
tapi sedikit sangat kekurangan itu jika dibandingkan dengan kecukupan

Begitu juga dengan seorang sahabat ini
kadang hadirnya tidak saya hargai
kadang datangnya tidak dirai
kadang katanya tidak didengari
tapi dia tetap disitu, Allah kurniakan dia
bersabar atas setiap kerenah saya, tekun melayani saya
tidak pernah putus asa dalam memberi semangat
Sahabat, hari ini saya tiba-tiba mendapat semangat baru
titipan Allah melalui sahabat ini
Sahabat, jangan pernah tinggal saya
Sahabat, jangan pernah lupa saya
itulah dia...sahabat saya

~mungkin sahabat itu tahu ini dirinya, terima kasih. Aku cukup hargai segalanya. hanya Allah mampu balas segalanya~

Sunday, November 13, 2011

kalau rindu itu ibarat takungan empangan
pasti ia retak menanti masa terbelah

kalau rindu itu seperti titis air hujan
pasti ia mencurah-curah ke pepohonan

kalau rindu itu ibarat pelangi petang
pasti langit penuh warna-warni

tapi, rindu itu air mata
rindu itu perit lelah di hati.

I'm fine.

Sunday, October 30, 2011


Tipulah kalau tak rindu
tapi biarlah~
masa akan mengubati segalanya 

Saturday, October 29, 2011

hey pujaan hati!

*hey pujaan hati, entri ini khas untuk kamu!

Disebabkan banyak waktu terluang ketika bergelar freshie di MMU ,Saya ber-blogwalking dan accidentally i'd stumbled into one blog. Allah gerakkan hati saya untuk baca blog tu for a few post, wahh student MMU nie, buat law, post pun best. Saya baca setiap entri barunya starting from that day without even knowing who is she. Saya cuba mencari siapa dia, mesti seronok kalau dapat bersua muka. Kira secret admire la nih =)

Di induction PROKAM anjuran UPG saya dengar seorang senior hebat akan turun memberi sedikit perkongsian. Kakak tu kecil je, saya tak sangka. Selama nie saya bayangkan dia tinggi :D Saya ditakdirkan bekerja bersama dia untuk PROKAM di Sek Men Teknik menjadi fasilitator dibawahnya. Serious saya katakan, saya mengagumi cara dia bekerja. Saya sangat-sangat mahu belajar dari dia dan Alhamdulillah Allah temukan kami semula di Peuehaba Aceh 5 :)


akak, nothing much i wanna say
i'm surely gonna miss u a lot! :)
akak, Syiera doakan kehidupan akak selepas ini sentiasa di bawah lembayung rahmatNya
semoga apa yang akak citakan menjadi kenyataan
selamat menempuh alam baru yang pastinya ada cabaran tersendiri
terima kasih atas segala tunjuk ajar akak
terima kasih atas ilmu yang akak curahkan pada Syiera
Syiera minta maaf sangat2 kalau Syiera pernah susahkan akak dalam sedar mahupun tidak
Syiera tak mahu menangisi perpisahan ini kerana tiada kata perpisahan buat dua hati yang bertaut keranaNya insyaAllah :)
Selamat berjuang !
Syiera tak akan lupa kata-kata ini :
"seorang pejuang miskin rehat kerana dia kaya dengan semangat"
"hidup ini adalah medan memberi kerana di akhirat nanti, disanalah medan untuk menerima dan menerima"

Thanx a lot sister! ILY <3

P/s: i'm addicted to pujaan hati song, thx to you haha